Pertama kali Pak Long menulis blog terasa segan pulak ..hehe takpa demi blogger semua Pak long nak kongsikan juga harini apa yang telah saya pelajari. ok harini Pak long ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang jenis-jenis label kasut bola yang berada di pasaran ketika ini.
Ada orang kata macamni betul ka?
“Kasut bola tak penting, yang penting adalah pemainnya.”
“Kasut bola tak membuatkan anda jadi pemain yang bagus.”
tanggapan anda adalah salah kerana kasut bola juga penting dalam permainan bolasepak.
Bagi sesetengah orang, but atau kasut bola yang mahal bukanlah pra-syarat untuk menang dalam perlawanan bola sepak.
Pak long bersetuju. Kaki bangku yang memakai Mercurial Vapor CR7 Savage Beauty tidak akan menjadi pakar menggelecek serta-merta.
Tetapi dalam bola sepak moden di mana pemain-pemain semakin bijak, cergas dan berskil, kemenangan akan berpihak kepada pasukan/pemain yang menumpukan perhatian kepada maklumat-maklumat kecil.
Jika anda berhajat untuk membeli kasut bola dan anda tidak tahu bagaimana untuk memilih kasut bola yang betul ? jangan risau Pak Long akan membantu anda dengan ilmu yang yang Pak long peroleh daripada sifu saya hehehe. . . .
Ketika anda masuk ke kedai peralatan sukan dan mata anda akan tertumpu kepada bahan yang anda inginkan,anda akan dapati pelbagai jenis kasut bola yang dipamerkan di rak kedai tersebut. Mesti rambang mata nak memilih , semuanya cantik-cantik belaka. Anda mesti memilih kasut yang cantik-cantik sahaja betulkan? hehehe tindakan anda tu salah..jeng jeng jengg...kita perlulah mengutamakan aspek yang penting dalam pembelian kasut bola ni..Antara aspek yang perlu kita tahu ialah :-
1)Jenis studs dan kegunaan studs mengikut cuaca
2)keselesaan pengguna
3)Kecantikkan kasut bola
*jika anda masih berdegil utk membeli kasut bola secara sukahati tidak mementingkan aspek-aspek tersebut anda berisiko tinggi utk mendapat kecederaan yang serius.
Jenis Stud dan kegunaan studs mengikut cuaca
Ketika anda pergi ke kedai barangan sukan untuk membeli kasut bola baru, pernahkah anda jumpa dengan istilah-istilah FG, HG, SG, TF, AG dan ?
Mesti anda tertanya-Tanya apa maksud semua istilah-istilah diatas ? jgn risau kami sedia membantu
PERTAMA : FG -FIRM GROUND ( Tanah Padat )
Ia Sesuai digunakan di: Permukaan tanah padat dengan rumput pendek. Padang biasanya kering, berada di kawasan yang beriklim panas dan sederhana, dan menerima purata hujan kurang dari 150 hari dalam setahun.Biasalah Malaysia sekarang ni kan musim kering so tak mustahil lah kalau kasut ni sesuai digunakan pada padang di Malaysia .
Kebanyakkan kasut bola yang dipamerkan di rak kedai-kedai kasut di Malaysia adalah dari jenis Firm Ground (FG) ini.
Terdapat dua jenis corak studs yang biasa digunakan oleh kasut jenis ini iaitu studs jenis kon( kasut hijau ) dan studs jenis blade ( kasut merah ) .
Studs jenis kon lebih sesuai digunakan ketika keadaan padang adalah lembap dan studs jenis blade pula lebih sesuai untuk keadaan padang yang lebih kering.
Cuma perlu lebih berwaspada, studs jenis blade sangat berbahaya untuk dipakai jika permukaan padang tak rata!! ia boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
KEDUA : HG – Hard Ground (tanah keras)
Kasut jenis studs HG sesuai digunakan pada permukaan padang rumput yang kering dan keras
Kasut bola jenis ini sebenarnya amat mirip dengan jenis FG. Cuma di UK dan Ireland mereka lebih gemar memanggil dengan terma Hard Ground (HG), terutamanya syarikat Umbro.
Jika kasut bola FG boleh digunakan di permukaan padang lembap dan kering, kasut bola HG khas untuk permukaan padang kering sahaja.
Jumlah studs-nya juga lebih banyak dan pendek.
KETIGA : SG – Soft Ground (tanah lembut)
Kasut seperti ini sesuai digunakan di permukaan padang yang lembut, becak, berlecah atau mempunyai rumput yang panjang.
Kasut bola dari jenis Soft Ground (SG) ini biasanya menggunakan studs logam berbentuk bulat. Jumlah studs pula sedikit berbanding kasut bola FG dan HG.
Rekaan klasik kasut jenis ini biasanya mempunyai hanya 6 studs – 4 studs di bahagian tapak dan 2 studs di bahagian tumit.
Dengan jumlah studs yang minimum, kasut bola SG tidak akan mudah lekat di permukaan padang yang basah dan berlecah.
Berbanding kasut bola FG yang lebih universal penggunaannya, kasut bola SG ini jarang digunakan. Apatah pula sejak penggunaannya banyak diharamkan dalam liga amatur, kerana studs logam senang mencederakan pemain.
Kasut sebegini sering dipakai oleh pemain-pemain bolasepak di eropah dengan keadaan padang mereka yang sangat baik.
KEEMPAT : AG – Astrograss / Artificial Grass (padang tiruan / turf )
Kasut ini sesuai dimainkan diatas permukaan padang rumput tiruan.
Kasut bola jenis Artificial Ground (AG) biasanya mempunyai banyak studs pendek dan tebal. Ini adalah untuk memberi cengkaman tambahan ketika beraksi di atas padang tiruan.
Kasut jenis ini juga biasanya kelihatan lebih berkilat kerana ia mempunyai lapisan laquer – sejenis lilin khas yang melindungi kasut tersebut dari ketajaman rumput tiruan.
Studs kasut bola AG juga ada kalanya berlubang untuk memberikan lebih cengkaman dan membuatkannya lebih ringan.
Terdapat dua jenis rumput tiruan yang popular di Malaysia – 3G dan 4G.
Padang tiruan 3G mempunyai biji-biji getah kecil pada permukaannya.
Manakala padang rumput tiruan 4G lebih realistik, dengan rumput yang lebih panjang dan mempunyai gabungan biji-biji getah kecil dan pasir dibawah permukaannya.
Kesimpulan
Sebelum membeli kasut bola, lihat dulu jenis permukaan padang yang anda akan bermain.
Kemudian yang paling penting sekali, pastikan kaki anda selesa dan saiz kasut anda tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil. Barulah anda boleh memberikan persembahan 100% di atas padang!
Moga-moga tips ini memberi manfaat kepada semua orang dan semoga anda menjadi seorang pemain bolasepak yang Berjaya .
Pak long memohan kemaafan jika ada tersalah bahasa dan Terima kasih kerana sudi membaca blog Pak long.
Pak long akhiri dengan serangkap pantun :
Bersarang lebah dipohon palas
burung kelicap di pohon selasih
Pengetahuan bertambah penerangan jelas
Pak Long mengucapkan terima kasih.